Ketika membaca buku "A Tale of Time Being" oleh Ruth Ozeki, saya mendapat satu fakta menarik mengenai Jepun.
Rupanya di persisiran pantai Jepun, terdapat batu amaran tsunami yang diletakkan oleh nenek moyang mereka terdahulu untuk memberi amaran kepada generasi baru supaya tidak membina rumah mereka selepas dari batu itu. Batu amaran tersebut ada yang berusia lebih 600 tahun.
Batu-batu ini menjadi saksi kejadian tsunami yang telah banyak berlaku di Jepun sejak zaman dahulu lagi. Malangnya. ketika tsunami yang berlaku pada awal 2011, kebanyakan kawasan perumahan dibina di kawasan selepas batu ini dipacakkan kerana ramai penduduk Jepun percaya bahawa tembok tinggi yang dibina di tepi laut akan dapat melindungi mereka daripada tsunami. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Kemusnahan besar dapat dilihat dan air hitam daripada tsunami itu hanya berhenti 300 kaki daripada kedudukan batu-batu itu.
Satu kebaikan yang dapat kita pelajari daripada bangsa Jepun, mereka belajar daripada tragedi yang berlaku pada masa dahulu dan memberi amaran kepada generasi masa hadapan untuk mengelakkan tragedi sama yang berulang.

0 comments:
Post a Comment